Pada hari sabtu yang lepas, malam sebelum raya tepat jam 7.12pm saya terkejut kerana menerima sms dari salah seorang sahabat yang tinggal di kawasan bukit antarabangsa "ada tanah runtuh di wangsa height bukit antarabangsa"....berderau darah saya apabila membaca sms tersebut. Macam-macam mula bermain di fikiran saya, teruk ke, ramai ke yang terlibat atau tercedera...terus saya teringat kejadian tanah runtuh tahun lepas sebelum Hari Raya Haji 2008.
Setelah membuat beberapa panggilan telefon untuk mengesahkan kejadian tersebut, saya bersama rakan2 saya terus bergegas ke jalan wangsa 6 dan terus ke kondo yang terbabit dan Alhamdullillah, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dan hanya ada sebuah kereta yang tertimbus akibat tanah runtuh tersebut.
Tahniah kepada pihak JPA, MPAJ, Polis2 dan bomba yang terlibat yang hadir ke tempat kejadian walaupun waktu itu adalah waktu berbuka puasa dan merupakan malam raya.
Walaubagaimanapun saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kejadian yang menimpa tidaklah teruk, maka ianya memberi peluang kepada kita semua supaya dapat menyambut hari raya dengan suasana yang tenang dan gembira.
Alhamdullilah.
selamat hari natal
2 days ago

